Buat julung kalinya aku cuti dan aku duduk goyang kaki dekat rumah. Kalau idok semedang ada kenduri je yang nak kena attend. Al maklomlah aku ni orang pangka bak kato orang nismilan eh (orang penting maksod nya) kalau tak pergi tak jadik majlis tu. Kahkahkah k kidding. Nak dijadikan cerita, aku ni teringin nak jogging, nak kurangkan berat badan kononnya. Jadi aku seru lah bff aku yang bedua tu. Mulanya nak pergi seremban 2, tapi dak Haiqa busy, tukar plan kitorg pergi naik bukit dekat kolopilah tu. Aku taktahu lah apekenama dia, tapi yang penting dia dalam hutan lepastu bila kau naik kau akan rasa nak picit je jari kaki cina yang tengah galak buat taici kat atas bukit tu sambil jerit
"Woi kau taktahu penat ke hah ??!" K azreina is overrrrrr.
Jadi plan nya nak keluar pukul 7 tepat, tapi aku pula yang benjanji, pukul 7 jadi pukul 8. Kahkahkah. Sampai je dekat taman, turun kereta tetiba rasa nak bejoget, rupanya ada makcik tengah galak beraerobik. Hah aku apalagi takkan nak duduk senyap, mesti nak kena tunjuk skill agogo aku. Okay sambung, oleh kerana Mun injured, aku dengan Alang jelah yang gigih naik bukit. Memula lari lepastu jalan lepastu sembang lepastu ngumpat orang lalu lalang -__________-". Tapi still besemangat waja nak sampai on the top. Padahal dedua penakut, dengar ranting patah pun saspen siap tengok each other lepastu cakap "kami tumpang jogging je" ( k tu Alang yang cakap, aku ? aku steady kot siap dukung apek yang nak turun bukit tu, k nipu ).
Habis je naik turun bukit, aku pun bagi cadangan pergi makan roti canai ( amende ntah, dah jogging beriyer lepastu melantak ) kejap lagi Mun mula besuara,
"kau tahu tak bila kau makan roti canai bersamaan dengan bla bla blaaa "
K Mun budak sport science kot, kalori, nutrisi semua dia kira, lemak dalam badan aku je dia belum sempat kira >.< . Ending dia aku ajak lah pekena roti bakar dengan kopi o. Buat alas perut, nanti sampai rumah makan lah rendang ayam sepinggan.
Gedabok besau gambau aku letak. Dah lah bye.






No comments:
Post a Comment