Wednesday 1 July 2015

End of internship

Harini 1July and I already finished my internship. Sedih kott tinggal inti. Walaupun first masuk dulu aku lah yang paling banyak menagis, yang beriye nak give up taknak habiskan internship sebab kena tegur lepastu elok balik sebab staff lain bagi moral support suruh habiskan, lepastu menagis sebab salah shelving, kahkahkah senang cerita yang paling mengada tapi banyak mulut, haa aku lah tu orang nya dalam opis ni.

Ingat lagi first time masuk dulu, cuak kot. Takut disuruhnya kita buat benda yang kita tak tahu lepastu berharap akan duduk satu department dengan Haiqa. Tapi harapan musnah bila chief librarian separate kan department kitorang, maka padan lah dengan muka kitorang.

 First week sumpah awkward gila, senyap je masuk second week mulut macam machine gun masing-masing. Dah takda malu malu, daripada tak reti guna excel dia ajar sampai pandai guna excel, daripada tak pernah ambik tahu pasal reference collection jadi kena ambil tahu, daripada jadi manusia yang always use malay language as the first language kena ubah jadikan english sebagai first language biarlah english aku tunggang tebalik tak tahu mana hujung pangkal pun, dan kadang tu nak assist lecturer pun sampai bekerut dahi lecturer tu nak paham apa aku cakap kahkahkah, yang penting konpidennn.

Kesimpulannya, i learn a lot, daripada seorang student yang just tahu baca nota, buat exercise dan mengapal bila nak exam, jadi manusia yang tahu buat kerja, tahu macam mana cataloging process. Tahu how the exact thing yang acquisition department buat, banyak lagi lah benda yang aku belajar. Dengan staff yang tak pernah kedekut ilmu, yang bila aku tanya benda sama ulang kali pun, they willing to explain sampai aku faham, yang selalu share experience, yang menahan je dengan mulut aku yang bising, yang tak lokek duit bila aku mengidam nak makan goreng pisang lepastu aku mintak sorang 5ringgit pun diorang redho je, kahkahkah. Dan yang paling penting selalu open table lepastu bila diorang gaji diorang belanja makan, tak ke bahagia namanya tu miahahaha

The best part is diorang treat us like a family. Kak Yati yang always be our mummy, always bagi nasihat yang padu, membebel pun iye kenkadang tu pendek cerita kak yati adalah klon Mak aku hahahaha. Kak Sariah yang pegang title Mak tiri kitorang, yang banyak tolong kitorang bab bab allowance, printing, id card dan peneman aku bejalan bila aku frust menonggeng. Kak Noreen yang suka bagi positive vibes kat aku, always okay always, lepastu selalu jadi mangsa kena dengar cerita dongeng aku. Kak Anne yang suka panggil aku "sexy lips" .

 Harveen yang tak pernah marah, biarpun aku install amende ntah lepastu pc dia corrupted dan asyik keluar pop up advertisment tu -___________- . Puan Rosmini yang mulanya aku geram je dengan dia tapi bila dah hujung aku baru jumpa manisnya seorang Puan Rosmini aicehh, Kak Syazana yang baik, soft spoken dan redho je aku langgor kereta dia tapi dia maintain cool je walaupun dalam hati bengkek hahaha,

Abang Aizal yang selalu membantu bila aku kena buat kerja panjat panjat dan dia jugak redho je bila aku selalu mintak congo bars dia dan Encik Sabirin yang best gila ! yang rajin menjawab soklan soklan aku tak kisah lah soklan tu ada kena mengena dengan library ataupun tak tapi still dia akan jawab kot, Puan Masilah yang mulanya tegas dengan aku lepastu hujung hujung jadi geng melawak aku dan tak lupa juga pada Kak Uma yang kuat menyakat aku, Oh last but not least Puan Hafsah yang sabor je bila opis tu hiruk pikuk dek kerana suara aku yang cam petir. Terima kasih semua !








P/s: Thanks for accepting us, and give us good impression about our field. Serious lah aku menyampah gila kot course yang aku tengah ambik sekarang, tapi after 5month dekat sini aku rasa takda lah teruk mana kerja library, banyak pahala kot tolong orang cari ilmu. Lepasni dah takda nak kena drift dekat lekas sebab nak kejar masuk opis pukul 9, lepastu bila lambat, mesti masuk opis slow slow sebab taknak orang nampak kahkahkah. K dah rindu



Bye