Saturday, 21 March 2015

Jungle trekking part 2 # Bukit Kepayang

Assalamualaikum,

Aku ni sebenarnya jenis yang pemalas, nak buat aktiviti outdoor tu memang bukan makanan aku aaa. Tapi lately aku gemor hiking. Nak dijadikan cerita, kalau minggu lepas aku naik bukit dekat pilah yang aku kata ada cina buat taici atas bukit tu, nah minggu ni aku naik bukit dekat seremban. Nama dia bukit kepayang.

Geng hiking aku cam biasa lah, Mun ngan Alang, tapi harini Tunku kerja petang so dapat lah join sekali. Before pergi aku dengan Mun ada aaa survey berapa jam nak naik apa semua, prediction kitorg, bukit tu rendang je boleh main konda kondi sebelum nak sampai tu, takpun boleh piknik tepi tu sambil ajak orang lalu lalang makan sekali, tapi rupanya tinggi nak mampos, dah naik separuh jalan pun rasa nak gelongsor turun balik. Sampaikan aku menjerit tanya

sapa yang plan pergi sini ni woiiiiiii " Dan pertanyaan aku disambut dengan jawapan KAUUUUU !!

kfine aa korang fine.

Plan nya nak keluar pukul 6, tapi typical azreina aa pukul 6 jadi pukul 7. Kahkahkah. Dah siap semua kitorang pun gerak, lepas besesat, maki hamun waze akhirnya kitorg sampai. So kitorg sampai dekat area bukit ni dalam pukul 8 kot. Cerita dia masa kitorang sampai semua  orang dah turun, kitorg je baru nak naik, Mun dengan Tunku dah lead dulu, aku dengan Alang cam biasa aaa jadi follower duduk belakang lepastu galak besembang, ambik gambar segalaa. Tapi syukur lah ada Mun, before naik tu dia dah siap tengok tanda yang nak kena follow untuk sampai atas, takdalah nanti sesat tembus ke gunung angsi.




 Ni before naik, aaa nampak tak sapa belakang sekali ? Mesti aaa aku




 Ini view lepas kitorg dah naik separuh dari bukit tu



Dari bawah sampai lah ke atas dua orang ni lead



 Nak balik pun dua orang ni lead, breakfast kacip patimah ke tadi woiii !!




Finally jumpa view ni selepas gigih mendaki *kesat air mata*



 Taktau lah muka penat ke muka nak nagis semua niii




 Gaya Tunku macam orang mengeliat baru bangun tidur, aku pulak gaya macam nak ngejor orang tapi dalam keadaan slowmotion, dan Mun pulak hm ntah lah dah cam eksyen kamen, ultraman, superman dah gaya dia tu -__________-"





 Semua nampak beriyer, paling beriyer mesti lah aku. Tapi Alang hmm hm gaya pegang obor eh tu lang >.<


Jadi ini lah aktiviti setiap hari sabtu aku. Terima kasih budak betiga yang rela hati join aku. Kalau takda korang memang tak mendaki ler aku, seronok sebenarnya wei benda cengini, selain daripada dapat menyihatkan badan, benda cenggini juga dapat mengeratkan silaturohimmm sesama kawan, bejumpa dengan monyet yang tengah cari kutu kawan kat temple dan part yang aku paling suka bila sampai on the top lepastu ambik gambar dengan gaya bangga gila umpama aku baru lepas panjat gunung everest kahkahkah. 



Kbai







No comments:

Post a Comment