Sunday, 29 March 2015

Gunung datuk

Assalamualaikum,

Macam biasa weekend aku akan diisi dengan aktiviti hiking. Nampak intro macam pawer gila kan. Setiap minggu hiking sampaikan Mak aku kata

"cubalahh hujung minggu duduk rumah, tak boleh ke -________-"

K abaikan semboyan Mak aku tu.

Nak dijadikan cerita, aku dengan Mun dah plan nak naik gunung datuk since sabtu lepas. Tapi kitorg kekurangan teammates, which means Alang dengan Tunku takleh join, nak naik bedua tak konpiden, jadinya kitorg pun ajak lah ex schoolmates kitorg iaitu Pejo dengan Lepat. Macam biasa aku dengan Mun gerak dari Pilah, Pejo pulak gerak dari ukm. Teka siapa sampai dulu ??? Mestilah Pejo ! aku mana pernah reti nak punctual. Pemandu berhemah kot aku ni bawak pun 80km/jam.

So dah settle ambik Lepat dekat rumah dia, kitorang pun gerak. Konon nak pakai waze taknak kasi sesat sekali hamekau waze pun taktahu kat mana gunung datuk tu. Ending dia tanya abiang juai pisang kat tepi jalan. Mujur ada abiang tu kalau idok besesat lah kami sampai ke malam. Terima kasih abiang juai pisang ilebiu bery seterongg >.<


Sesampai nya dekat tapak kaki gunung datuk tu, memang ramai orang so risiko nak sesat tu tipis. Tapi before naik tu kena daftar dulu bayar fees lima hengget, tulis nama, no ic pekebenda semua tu,  lepastu nanti abang yang jaga hutan tu akan kasi briefing dekat ngko mana track dia. Cerita dia macam celah gigi sangat gunung datuk ni, sekali dah naik aku rasa macam nak turun balik lepastu dagu abang yang jaga hutan tu.


Maka bermulalah perjalanan kitorang, gunung datuk ni beginning dia kau akan lalu track yang berbatu batu bila dah lepas kawasan rehat dia kau akan jumpa track yang beselirat dengan akar. Awal nya Pejo yang lead, japg berubah Mun pulak lead, sepanjang naik tu bila jumpa orang nak turun kitorg mesti akan tanya

" Banggg jauh lagi keee ?? "

Japg dia jawab

" 45min lagi"

Dan selepas dua jam masih tak sampai. Mana dia abang tadi ?? Meh nak tampor pipi tu sikit baru dia tahu erti penyesalan -_______-". Sebab kitorang rasa nak sangat sampai on the top, slow slow kitorang daki,
ada mamat tu sampai dua kali turun naik. Perghh makan pil kuda ke banggggg. Tapi yang second time dia naik tu aku perasan dan aku berenti kat tepi sambil cakap

" Lets me cheers for youuuu !! "
sambil tepuk tangan tetengah hutan tu, tu belum campur unknown mana ntah yang ikut aku tepuk tangan kahkahkah. Tetiba aku rasa macam dalam birthday party pulak nak tepuk tangan segala.

Sepanjang naik tu Lepat lah yang paling menyesal aku rasa hahaha. Siap cakap

" Aku menyesal ikut kau yinnnnn !!" HAHAHAHAHAHAHA itu je aku yang aku mampu jawab sebab aku pun menyesal jugak suggest gunung datuk ni -_____-"

Tengah tengah naik tu Pejo pun cakap yang dia dah tahu macam mana gunung datuk dapat nama. Dia kata masa naik nanti kita akan cakap cenggini

"Makkk DATUKKKKK tinggi nya" haa make sense kan ? Tapi bila aku dengar aku rasa macam nak gulingkan dia kebawah.

Naik punya naik alhamdulillah sampai jugak. Kau bayangkan daripadaa 9.30am kitorg hiking sampai on the top 11.30am. Bila dah sampai kat atas tu puas dia lain macam wehh, rasa macam baru lepas menang duit sejuta. Landmark dia batu besar bila kau dah jumpa batu besar ni makna nya kau dah sampai, tapi untuk dapatkan view yang lawo kau kena naik tangga. Atau aku panggil tangga puaka, sebab bila kau naik dia akan goyang. Untuk spesis gayat macam aku ni memang tak pandang bawah aa cita dia.



Kawasan parking dia. Kalau ada luck dapat parking dekat atas, kalau takda luck menapak lah ngko


Masa ni dah sampai separuh kot


Haa yang ni kawasan akar beselirat nama dia, takleh laju bila lalu sini takut tersadung


Sini pulak kawasan rehat



Ini lah tangga puaka. Kalau jatuh memang bercium dengan batu gua cakap sama lu


SAMPAIIIII !! Tak ini bukan puncak dia. 


Atas tu puncak dia. Tapi aku, Mun dengan Lepat memang surrender tahap angkat tangan punya nak naik benda ni. So kitorg hantar wakil je iaitu si Pejo untuk ambik view paling atas  kahkahkah.


" Adik manis kat atas tu rilek je k. Japg abiang datang selamatkan adik "



Yang betiga tu jadi makhluk halus sibuk melambai dari bawah 



And finallyyyyy inilah view yang Pejo dapat capture. Subhanallah cantik dia :')


Dah habis begambor semua kitorg pun turun. Tak sure lah kita start turun pukul berapa, tapi dalam pukul 2petang kitorang dah sampai bawah. Pesanan aku bawaklah bekalan air yang banyak. Sebab nya turun naik memang kau akan haus tahap nauzubillah punya. Silap kitorg bekalan air kitorang habis bila dah sampai atas, bila turun merangkak carik air woii. K dah lah besok kerja, takut nanti kang aku yang merangkak masuk opis besok kahkahkah.







P/s: Kalau perasan aku dah tukar lifestyle aku, kalau dulu aku lagi suka pampering myself pergi food hunting, pergi mall, tengok wayang semua, pergi balik sephora sebab nak carik lipstick nyx. Sekarang tidak lagi, after all the thing that ive been through aku decide untuk berubah jadi kuat macam badang tapi idok lah sampai makan muntah. Aku nak jadi kuat inside outside, dan lawan gayat aku semua tu. Hokeh lah penat nak membuta.





Kbai

Saturday, 21 March 2015

Jungle trekking part 2 # Bukit Kepayang

Assalamualaikum,

Aku ni sebenarnya jenis yang pemalas, nak buat aktiviti outdoor tu memang bukan makanan aku aaa. Tapi lately aku gemor hiking. Nak dijadikan cerita, kalau minggu lepas aku naik bukit dekat pilah yang aku kata ada cina buat taici atas bukit tu, nah minggu ni aku naik bukit dekat seremban. Nama dia bukit kepayang.

Geng hiking aku cam biasa lah, Mun ngan Alang, tapi harini Tunku kerja petang so dapat lah join sekali. Before pergi aku dengan Mun ada aaa survey berapa jam nak naik apa semua, prediction kitorg, bukit tu rendang je boleh main konda kondi sebelum nak sampai tu, takpun boleh piknik tepi tu sambil ajak orang lalu lalang makan sekali, tapi rupanya tinggi nak mampos, dah naik separuh jalan pun rasa nak gelongsor turun balik. Sampaikan aku menjerit tanya

sapa yang plan pergi sini ni woiiiiiii " Dan pertanyaan aku disambut dengan jawapan KAUUUUU !!

kfine aa korang fine.

Plan nya nak keluar pukul 6, tapi typical azreina aa pukul 6 jadi pukul 7. Kahkahkah. Dah siap semua kitorang pun gerak, lepas besesat, maki hamun waze akhirnya kitorg sampai. So kitorg sampai dekat area bukit ni dalam pukul 8 kot. Cerita dia masa kitorang sampai semua  orang dah turun, kitorg je baru nak naik, Mun dengan Tunku dah lead dulu, aku dengan Alang cam biasa aaa jadi follower duduk belakang lepastu galak besembang, ambik gambar segalaa. Tapi syukur lah ada Mun, before naik tu dia dah siap tengok tanda yang nak kena follow untuk sampai atas, takdalah nanti sesat tembus ke gunung angsi.




 Ni before naik, aaa nampak tak sapa belakang sekali ? Mesti aaa aku




 Ini view lepas kitorg dah naik separuh dari bukit tu



Dari bawah sampai lah ke atas dua orang ni lead



 Nak balik pun dua orang ni lead, breakfast kacip patimah ke tadi woiii !!




Finally jumpa view ni selepas gigih mendaki *kesat air mata*



 Taktau lah muka penat ke muka nak nagis semua niii




 Gaya Tunku macam orang mengeliat baru bangun tidur, aku pulak gaya macam nak ngejor orang tapi dalam keadaan slowmotion, dan Mun pulak hm ntah lah dah cam eksyen kamen, ultraman, superman dah gaya dia tu -__________-"





 Semua nampak beriyer, paling beriyer mesti lah aku. Tapi Alang hmm hm gaya pegang obor eh tu lang >.<


Jadi ini lah aktiviti setiap hari sabtu aku. Terima kasih budak betiga yang rela hati join aku. Kalau takda korang memang tak mendaki ler aku, seronok sebenarnya wei benda cengini, selain daripada dapat menyihatkan badan, benda cenggini juga dapat mengeratkan silaturohimmm sesama kawan, bejumpa dengan monyet yang tengah cari kutu kawan kat temple dan part yang aku paling suka bila sampai on the top lepastu ambik gambar dengan gaya bangga gila umpama aku baru lepas panjat gunung everest kahkahkah. 



Kbai







Tuesday, 17 March 2015

Sastera

Assalamualaikum.

Harini hari kerja, aku macam biasa lah hari kerja pun, kerja aku tetap melagho. Eh banyak sangat pengunaan perkataan kerja kat situ. Takda saja nak share satu poem ni






Sumber : Pokcik google
Tajuk buku : Lullabies
Author : Lang leav






P/s: Akak aku kata aku ni minat sastera. Suka beli buku poem segala. Dia tak tahu agaknya aku tengah heartbroken kahkahkah.Plus buku poem cenggini lah tak bosan, tak tebal macam novel lakimu separuh masa yang kalau bagi aku baca setahun setengah pun belum tentu habis. Oh trust me buku cenggini akan buatkan kau meleleh air mata. Dah lah nak lunch, nasi lemak tengah bejoget dalam kepala hotak aku.






Kbai

Saturday, 14 March 2015

Jungle trekking

Assalamualaikum,

Buat julung kalinya aku cuti dan aku duduk goyang kaki dekat rumah. Kalau idok semedang ada kenduri je yang nak kena attend. Al maklomlah aku ni orang pangka bak kato orang nismilan eh (orang penting maksod nya) kalau tak pergi tak jadik majlis tu. Kahkahkah k kidding. Nak dijadikan cerita, aku ni teringin nak jogging, nak kurangkan berat badan kononnya. Jadi aku seru lah bff aku yang bedua tu. Mulanya nak pergi seremban 2, tapi dak Haiqa busy, tukar plan kitorg pergi naik bukit dekat kolopilah tu. Aku taktahu lah apekenama dia, tapi yang penting dia dalam hutan lepastu bila kau naik kau akan rasa nak picit je jari kaki cina yang tengah galak buat taici kat atas bukit tu sambil jerit


"Woi kau taktahu penat ke hah ??!" K azreina is overrrrrr.


Jadi plan nya nak keluar pukul 7 tepat, tapi aku pula yang benjanji, pukul 7 jadi pukul 8. Kahkahkah. Sampai je dekat taman, turun kereta tetiba rasa nak bejoget, rupanya ada makcik tengah galak beraerobik. Hah aku apalagi takkan nak duduk senyap, mesti nak kena tunjuk skill agogo aku. Okay sambung, oleh kerana Mun injured, aku dengan Alang jelah yang gigih naik bukit. Memula lari lepastu jalan lepastu sembang lepastu ngumpat orang lalu lalang -__________-". Tapi still besemangat waja nak sampai on the top. Padahal dedua penakut, dengar ranting patah pun saspen siap tengok each other lepastu cakap "kami tumpang jogging je" ( k tu Alang yang cakap, aku ? aku steady kot siap dukung apek yang nak turun bukit tu, k nipu ).

Habis je naik turun bukit, aku pun bagi cadangan pergi makan roti canai ( amende ntah, dah jogging beriyer lepastu melantak ) kejap lagi Mun mula besuara,


"kau tahu tak bila kau makan roti canai bersamaan dengan bla bla blaaa "


K Mun budak sport science kot, kalori, nutrisi semua dia kira, lemak dalam badan aku je dia belum sempat kira >.< . Ending dia aku ajak lah pekena roti bakar dengan kopi o. Buat alas perut, nanti sampai rumah makan lah rendang ayam sepinggan.














Gedabok besau gambau aku letak. Dah lah bye.