Previous entry aku ada dok ceghita pasal aku tengah internship. Skang ni aku nak bagi tips untuk memilih tempat internship. Internship atau bahasa lainya praktikal atau bahasa melayu bakunya latihan industri, selalunya bakal dihadap oleh pelajar semester akhir takpun pelajar semester sebelum akhir. Untuk yang bakal berinternship, meh hakak share tips carik tempat intern
Tips cari tempat intern :
1. Carik yang dekat dengan rumah. Makanya duit ptptn tu boleh simpan buat beli benda lagho. Ipong six contohnya.
2. Carik yang ada allowance. Haa mostly yang dapat allowance bila kita pergi non goverment institution, tapi government punya pun ada jugak aku rasa. Ke takda, eh taktahu lah aku.
3. Carik institution yang besar. Contohnya course aku kena,wajib,sunat muaakad pergi library. So untuk gain knowledge yang banyak kena lah pilih library yang besar, well managed dan ada chief librarian. Gituhhh
4. Nasihat aku sebelum isi borang untuk pilih tempat internship tu, pergi survey dulu. Tengok environment, survey tempat lepak lepas habis kerja. Kahkahkah idea aku semua akan related dengan aktiviti melgaho k sambung.
5. Elakkan ambik tempat intern di tengah bandor, tetengah KL contohnya, nak elakkan kos sara hidup jadi tinggi. Duit ptptn pun bukannya keluar awal, sebulan jugak lah kau kena gunakan bank emak dan abah. Tapi kalau dah rumah ngko kat KL apa salahnya internship kat KL, takpun kau dapat internship dekat company besar macam petronas ke, sime darby ke, haa itu takpa sebab tiap bulan allowance yang masuk tinggi, kiranya pulang modal aa. Balik kerja pun boleh lepak seoul garden, maklomlah duit banyak sangat taktahu nak tabur kot mana.
6. Dan nasihat terakhir aku, ambil lah institution swasta. Walaupun kerja kau akan belambak, semua benda kau kena buat, at least kau merasa buat semua benda. Sebab institution swasta ni dia akan reduced kan tenaga pekerja, tak macam government. Plus allowance dia tinggi kalau kengkawan ngko dapat 300 ngko dapat 500. Jadi mana untung ? Aaaaaa
p/s: Aku just becakap based from experience, biarpun aku baru nak masuk sebulan internship kahkahkah, tapi serious, bab tempat internship ni kita kena choose wisely, bagi aku intern ni peluang terakhir nak naikkan pointer. Dan alhamdulillah tempat intern aku ni semua staff baik belaka, boss each department pun melayan je kalau aku banyak tanya, walaupun kadang dorang rasa nak dagu aku sebab banyak sangat tanya.
Oklah selamat babai.
No comments:
Post a Comment