Friday, 27 February 2015

Jodoh

Assalamualaikum

Bila kerja apa masa yang paling kita tunggu ? Kalau aku dua je, satu masa lunch dimana aku boleh bejalan pergi food court sambil cuci mata tengok apek hensem lepastu imagined dia macam Lee minho lepastu berangan dia melutut ajak kawen( tahap imaginasi pawer sangat ) dan dan satu masa lagi paling aku suka bila pukul 6, rasa nak bejoget tarian inang bila nampak jam pukul 6. Tapi kadang tu dah pukul 6 pun aku dok galak melepak dekat circulation counter, dok besembang dengan Kak Sariah ( librarian kat tempat aku ). Main topic mesti jodoh pastu selit dengan anyaman ketupat sikit buat penyedap topik kahkahkah.

Then adalah pernah satu hari ni duk korek cerita pasal jodoh, al maklom lah aku ni status look around, makanya aku ni beriyer lah mintak tips pasal jodoh ni.

"Bak kata Kak Yati, jodoh tu jangan dicari biar dia datang sendiri"

Tapi bila umur dah sipi sipi nak masuk 25 ni lepastu kengkawan pulak semua pakat jadi tunang orang, bini orang dan mak buyung. Ditambah lagi soklan makcik bedah dan pak leman yang berbunyi "engkau bila lagi ?" takpun "dah ada calon belum ?", soklan cenggini tanya sekali aku boleh senyum lagi, kot tiap kali jumpa itu yang ditanya, dagu ni makan dia >.< . Mak aku pun apa kurangnya bila aku kata nak pergi kawan tunang kejap lagi mula lah dia kasi satu das tembakan yang berbunyi


"ASYIK PERGI TUNANG ORANG JERRR, TUNANG ENGKAU BILA PULAK" 
(caplocks tanda serious )


Haaaaa Mak sendiri cakap gitu, acaner ? sentap ke idok ? kalau aku dah sentap tahap nak lari rumah lepastu pasang khemah dekat laman rumah dah. Tapi tulah bak kata orang ajal,maut,rezeki,jodoh (macam tak kena susunan ayat dia ni hmm)  ni semua rahsia Allah. Pokok pangkal dia doa, tak doa tak jadi beroooo.

Memang aa bila tengok orang dah ada calon, tunang, bakal laki dan sebagainya memang naluri kita ni terusik jugak lah. Tapi nak buat camna, kita kena percaya dengan perancangan Allah, mana lah tahu, besok lusa datang rombongan minang takpun tetiba kejap lagi ada pilot ajak bekenalan lepastu besoknya ajak nikah, lusanya terus sanding, k part ni tak penah dibuat orang kahkahkah.

Nak dipendekkan cerita aku sendiri pun spesis tak nyabor nak nikah jugak, plus kadang tu putus harapan, hahahaha tapi oleh sebab kita ni Allah yang punya, apapun kita buat atau bila kita nak kan something mesti kita refer Allah swt. Back to creator bak kata orang puteh nyer. Jadi untuk yang mana senasib dengan aku ni marilah banyakkan berdoa semoga urusan jodoh kita Allah permudahkan ( tapi biasanya aku mintak cepatkan jodoh kahkahkah )










K kasi hakak kuak lentang kejap






P/s: Ekceli aku sendiri tengah ngayat orang kahkahkah. Bagi aku lah, kena ada usaha lepastu doa banyak banyak, alah carik jodoh pun macam belajar jugak, dah habih pulun study kita doa. Jadi si azdotdotdotdot jangan lah jual mahal sangat kasi cann aaa. Eh 







Okbai

Wednesday, 25 February 2015

Internship

Assalamualaikum,

Previous entry aku ada dok ceghita pasal aku tengah internship. Skang ni aku nak bagi tips untuk memilih tempat internship. Internship atau bahasa lainya praktikal atau bahasa melayu bakunya latihan industri, selalunya bakal dihadap oleh pelajar semester akhir takpun pelajar semester sebelum akhir. Untuk yang bakal berinternship, meh hakak share tips carik tempat intern


Tips cari tempat intern :

1. Carik yang dekat dengan rumah. Makanya duit ptptn tu boleh simpan buat beli benda lagho. Ipong six contohnya.

2. Carik yang ada allowance. Haa mostly yang dapat allowance bila kita pergi non goverment institution, tapi government punya pun ada jugak aku rasa. Ke takda, eh taktahu lah aku.

3. Carik institution yang besar. Contohnya course aku kena,wajib,sunat muaakad pergi library. So untuk gain knowledge yang banyak kena lah pilih library yang besar, well managed dan ada chief librarian. Gituhhh

4. Nasihat aku sebelum isi borang untuk pilih tempat internship tu, pergi survey dulu. Tengok environment, survey tempat lepak lepas habis kerja. Kahkahkah idea aku semua akan related dengan aktiviti melgaho k sambung.

5. Elakkan ambik tempat intern di tengah bandor, tetengah KL contohnya, nak elakkan kos sara hidup jadi tinggi. Duit ptptn pun bukannya keluar awal, sebulan jugak lah kau kena gunakan bank emak dan abah. Tapi kalau dah rumah ngko kat KL apa salahnya internship kat KL, takpun kau dapat internship dekat company besar macam petronas ke, sime darby ke, haa itu takpa sebab tiap bulan allowance yang masuk tinggi, kiranya pulang modal aa. Balik kerja pun boleh lepak seoul garden, maklomlah duit banyak sangat taktahu nak tabur kot mana.

6. Dan nasihat terakhir aku, ambil lah institution swasta. Walaupun kerja kau akan belambak, semua benda kau kena buat, at least kau merasa buat semua benda. Sebab institution swasta ni dia akan reduced kan tenaga pekerja, tak macam government. Plus allowance dia tinggi kalau kengkawan ngko dapat 300 ngko dapat 500. Jadi mana untung ? Aaaaaa


p/s: Aku just becakap based from experience, biarpun aku baru nak masuk sebulan internship kahkahkah, tapi serious, bab tempat internship ni kita kena choose wisely, bagi aku intern ni peluang terakhir nak naikkan pointer. Dan alhamdulillah tempat intern aku ni semua staff baik belaka, boss each department pun melayan je kalau aku banyak tanya, walaupun kadang dorang rasa nak dagu aku sebab banyak sangat tanya.







Oklah selamat babai.

Tuesday, 24 February 2015

Russakila anak pak hussin

Assalamualaikum,

Cerita dia sekarang aku duk melagho tunggu waktu lunch. Ekceli aku tengah ber"internship" dengan jayanya, which means ini last step untuk aku habiskan degree. After almost five year hidup aku diganggu assignment, test, final, dan akan mengalami alahan macam ibu mengandung tiap kali result nak keluar, dari zaman diploma sampai lah ke zaman ijazah and finally i almost done bebeh. Big clap cepat ! Okay, last week one of my bff getting engaged !

Ekceli dia ni antara yang terapat lah dengan aku, yang jatuh bangun dia ada, yang kalau begaduh mesti dia yang mengalah, kahkahkah, yang bila aku kata nak berubah dia lah manusia yang paling supportive, yang kalau aku crush dekat memana laki and she will ask me untuk bebanyak doa (and i will doa crush tu minang aku besoknya jugak), yang paling positive, yang bila diajak pergi hutan dia redho je lepastu terpaksa pulak ambik gambar aku, yang bila gaji mesti kena paw dengan aku haha, dan dia lah RUSSAKILA anak pak hussin kehkehkeh.

Sedih jugak bila tengok dia bertunang, yelah kawan dari tudung senget benget sampai lah dah reti pakai shawl ala hana tajima. Tetiba sekarang dah nak masuk alam jaga suami :( . Tapi on that day takda pulak aku nampak muka aku sedih sebabnya start daripada sampai rumah Alang ( oh kitorg panggil dia alang, sebab dia alang lah) sampai lah nak keluar pagar semedang selpie jerr. Almaklomlah bila ada kenduri cenggini, otometik title kenduri tu jadi reunion kahkahkah. Taip banyak pun taguna maghi hakak buh gambau.



Part ni aku duk membebel ajak candid


Lepastu candid lagi


Lepastu kena marah dengan Sarah sebab ambik gambar pesen gitu hahahaha


Lepastu paksa semua tutup mata tapi semua pose gini -______-"


Wajah yang memeriahkan majlis dan buat majlis macam party reunion diorang

Yang paling hoverrr kahkahkah

K last bye





p/s: For my bebigals, congratulations semoga terus istiqamah, dan aku doakan panjang jodoh awok dengan tunang awok yang kacak bergaya umpama shafiq yusop bak kata angah nya. Jaga diri jaga hati, awok tengah darah manis. Janji dengan kitew, awok kena temankan kita bejimba puas-puas sebelum awok nikah k. Okay sedih. Bye