Assalamualaikum
Minggu ni minggu last lecture dan skang tengah menempel kat experimental library sambil menunggu Migha habis kelas sambil mendengar si joyah, markonah, zabedah, kalsom, mek kiah dan selamah berborak dengan galaknya tanpa menghiraukan orang disekililing beliau. Ikotkan hati penampar sulung makan dia. Okay takpa abaikan.
Jadi jumaat lepas bersamaan 13/6/2014 selamat sudah sahabat saya dinikahkan bersama pasangan beliau. Dan majlis besanding nya pula diadakan 14/6/2014. Selaku salah seorang sahabat beliau, aku juga terpanggil untuk memeriahkan majlis. Sesampainya di rumah pengantin, aku selaku bridesmaid aka pengiring pengantin aka pembantu yang tak berapa membantu, telah ditugaskan untuk mengambil cake pengantin dan juga menghantar baju pengantin lelaki.
Tapi langit tak selalunya cerah ye dok, lepas hanto baju pengantin lelaki, aku, shikin dengan alang terlibat dalam eksiden. Cerita nya bukan aku yang melanggar orang tapi orang yang melanggar aku. Kesan eksiden, tayar depan selamat dijahanamkan, bumper sedikit pecah dan lampu spotlight tercampak keluar, tragis sungguh kisah hidup aku haritu. Untuk pengetahuan motor yang melanggar kereta aku dinaiki oleh 3org budak, dan budak yang bawak tu berumur patblas tahun, ye patblas tahun, lesen apakah yang beliau pakai untuk membawa motor ?? Syukur ada pakcik datang daripada mana ntah, datang membantu.
Maka begerak lah kami mencari kedai tayar, tapi malangnya tayar spare pun takdak angin. Betimpa timpa lah maksalah bridesmaid tatkala itu. Nak diringkaskan cerita, aku benti kat tepi jalan dan tunggu my suparman which is my cousin datang ambik tayar untuk ditukar. Bila cousin aku dah sampai, cepat cepat aku amik tayar bawak ke bengkel lepastu balik ke tempat kejadian dan pasang tayar, eh memang bridesmaid jadi tayar maid lah waktu tu. Selepas habis susah payah aku harungi finally kereta yang tadinya jahanam boleh begerak kembali.
So around 2pm aku pergi balik rumah pengantin. Untuk mengelakkan aku menaip karangan darjah enam ni lagi panjang marilah mari aku sajikan mata korang dengan gambar pengantin nya ye.
NOTE: Dear my bff . Enjoy your rumahtangga life, jaga diri jaga suami jaga kesihatan jaga Mak dengan kakak kau. Aku tahu tahun ni aku dah kehilangan sorang kroni nak beraya. I feel a bit sad but still happy because you never changed ! Gila gila kau tu tetap ada. Norazila ilebiu to the moon and back *lap air mata*. (Thanks sebab kasi baju boria untuk aku dan alang)
KBAI
No comments:
Post a Comment