Sunday, 9 November 2014

Lipstick

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Okay sekarang dah pukul satu pagi. Gigih lagi carik article untuk dijadikan article review, tapi carik article tu cuma bertahan sejam pertama selebihnya aku melagho tengok facebook dan mencari kaler lipstick yang menarik untuk dijadikan buruan selepas ini kahkahkah. K not fani at all.

Aku ni jenis yang suka melawo ikot mood. Most of the time aku sakai, selekeh nak matikk. Make up pun idok pakai lipstick apatah lagi, muka pulak selalunya naked bedak ke foundation ke aku malas taruk, jenis pemalas semuanya aku malas. Lately ni pulak aku duk meroyan beli lipstick. Tapi idok ler lipstick yang meroh menyala persis esah limaploh sen tu, ini lipstick yang seswai dengan remaja. Aiceh remaja lagi ke aku.So jenis lipstick yang aku maksod kan itu adalahhhh jeng jeng jenggggg



NYX SOFT MATTE LIPSTICK AND NYX MATTE LIPSTICK



Bagi aku lah ini lah lipstick yang thorbaikk. Untuk masa sekarang aku baru try dua benda ni lah, untuk matte tu aku tak suka sangat sebab bibir aku jenis kering, bila kering mengelupas bila mengelupas dengan kaler lipstick tu sekali mengelupas haaa. Tapi soft matte paling pawer, even bibior kering kaler dia tak ikot mengelupas. Maghi cheq nak tunjuk sikit kaler hat cheq guna



Left Matte lipstick : Nude
Right Soft matte lipstick : Istanbul


Selalunya aku akan beli benda ni dekat Sephora. Jarang beli online sebab lambat nak dapat. So for those yang sukakan lipstick, sukakan kaler pink cerah tak merah sangat boleh lah google brand ni okay ! Harga puun mampu milik 26hengget satu. Oh fyi lipstick matte ni dia takda shinning, nak bawak pergi kelas pun takda lah nampok over nauu.



P/s: Selalunya dekat uptown dia akan jual lipstick ni, pernah dulu aku jumpa dekat danau kota.Serious murah seploh hengget je satu, tapi tak beli sebab takut kaler dia tak long lasting. So make sure beli dekat official vendors. Okay bye

Friday, 10 October 2014

40 facts about me

1. Nama sebenar azreina binti abu zarin takda nur, nor, siti, kelly etc.

2. Paling bongsu dalam adik beradik. Punya pat kakak dua abiang

3. Senang buat kawan dan senang jugak buat orang jadi musuh kahkahkah

4. Tak berapa makan daging lembu itik kambing. Sotong udang kerang kepah (kalau makan pun
     tengok cara masak ) tapi siput sedut suka.

5. Suka makan tapi tak suka gemuk

6. Bila driving suka sumpah seranah orang

7. Clumsy. Jenis banyak mengelamun

8. Buat kerja suka separuh jalan kecuali assignment yang datelines dia besok. Sepantas kilat aku
    boleh siapkan

9. Cengeng tahap malapetaka punya

10. Paling takut dengan katak. Bila jumpa katak menjerit macam bertahun tak jumpa dan pernah               menagis sebab katak lalu sebelah aku -_____-"

11. Tak bijak. Result exam selalu cukup makan. Tak suka target A sebab tak pernah dapat kahkahkah

12. Tak suka musuh aku berkawan dengan kawan baik aku. Mengada tahu ngko tu

13. Cakap lepas dan paling suka nyakitkan hati orang

14. Bff boleh bilang guna jari

15. Selalu berangan dapat kulit muka flawless. Tapi tahu kenapa Tuhan kasi muka aku tak flawless
      takut aku riak tak sedar diri dan sebab lain ialah sebab aku pemalas nak jaga kulit padan muka
      aku

16. Peminat tegar Top bigbang

17. Jenis yang bila sayang, betul punyaa sayang bila benci betul punya benci

18. Punya cita cita tapi selalunya cita cita aku tu benda yang lagho >.<

19. Tak senang kalau dalam seminggu kena duduk rumah tak pergi memana

20. Minat myvi kuning dengan swift putih

21. Suka paksa orang ambik gambar dan paksa orang ambik ikot angle yang aku nak. Kahkahkah

22. Paling pantang dengan backstabber. Boleh ajak begaduh kalau orang backstab aku

23. Rajin ikot mood. Malas tu selalu tak ikot mood

24. Akan kemas rumah kemas bilik memasak dan segala macam aktiviti bermanfaat bila nak mula
      buat assignment atau nak kena carik article

25. Muka bejerawat kening tebai kulit hitam,

26. Tahap insekior tinggi.

27. Selalu rasa diri paling huduh among others

28. Tak reti bejimat. Tak pernah berjimat. Suka beli benda lagho ikot minat. Contoh gegula willy
      wonka

29. Im addicted to berrylicious drink from Juice works (since boikot stabak dan stop minum java
      chip)

30. Obsessed dengan Daehan Minguk Manse ! (yang ceghita my return superman tuuu)

31. Suka beli casing. Daripada zaman c3 sampai zaman ipong

32. Malu nak upload gambar selfie. Confident level 10/100

33. Suka bejalan. Tak kisah lah pergi mana pun asal bejalan.

34. Kalau ambik gambar  muka mesti toleh kiri tak toleh kiri toleh kanan *refer instagram aku

35. Ada lima ekor haiwan belaan empat kucing satu guinea pig

36. Bila buat assignment atau study, environment kena senyap kalau tak senyap rasa nak mengamuk

37. Kebanyakan kawan aku daripada negeri sembilan dan kelantan.

38. Minat simpan dan cuci gambar lepastu tepek dekat dinding

39. Belajar bahasa jepun tapi yang aku ingat cuma ohaiyo gozaimasu, oyasuminasai, takaii, chiisai

40. Nah sila muntah banyak benau fact pasal aku. Saja tulis aku bosan.



* okay gambar kepala toleh kiri*




Kbai

Monday, 25 August 2014

Pikkuniku

Assalamualaikum

Lamanya tak updet blog. Pembaca nya pun taktau lah berapa kerat tapi takpa aku memang suka becerita. . Al kisahnya dedulu jaman sekolah aku ni ada lah geng, nak buh nama apa pun taktau lah geng kami ni, tapi terdiri dari enam orang setiap sorang tu ada nick name dia, mcm along angah acik ateh adik alang. Kengkonon family in school. 

Nam orang ni kepala tak betul, yang bila ada tournament kawad mesti cikgu carik geng kami sebabnya Si along ngan si acik ni geng geng sarjan yang tukang cakap kiri kiri senggg tu haa. Yang lagi pat orang tukang pengikut, jadi pengacau dalam barisan. Lepastu pegi lepak kat bilik guru sebab taknak masuk kelas belajar. Eh ehh kira banyak kerja lagho lah kami berenam ni buat takda pulak kami berenam ni pergi mengaji berjemaah ke study bersama di library ka kehkehkeh tapi nasib baik lah habis sekolah semua jadi orang tak jadi beruk kahkahkah k tak fani. 

Jadinya semalam bersamaan ahad bersamaan doplohpat  haribulan lapan kami telahpun pergi ke port dickson demi merealisasikan hajat nak bekumpul balik selepas 8tahun terpisah. Ala ala jejak kasih gitu lah. Tapi tak semua pun yang ikot adalah dalam pat orang yang join, yang dua lagi tu bekerja so tak dapat lah join. Mulanya plan nak pergi taman yang dekat seremban 2 tu, tapi bila dah lalu highway ternampak pulak simpang ke port dickson termasuk pula simpang tu. Kebetulan minyak terbanyak pula time tu touch n go pun br topap dalam box ada puler smart tag  haa apo laieee ke teluk kemang lah kita. Kahkahkah maka berpicnic lah kami di sana. Ekceli aku sendiri pun dah bebelas tahun tak ke port dickson tu, last pergi umur lima tahun kot, time gigi depan belum tumbuh habis  -______-". Okay malas cerita just nak saji gambar riang ria mini reunion geng mesuarat tingkap. 



Saksikannlaaaaaa *goyang inul*


















*Ini sebab sekarang trend meipai. Si pipi tupai pula sang perajin merekod walaupun muka aku takda. Ada pun gambar tangan aku tengah pulas stereng kereta tapi takpa hakak redhoooo.*






Akhir kata jangan lah termuntah tengok muka kami yang bajet tengah bercuti dekat pulau perhentian ni padahal piknik je pun tu pun dekat port dikson, tempat paling save budget kahkahkah nak main air ke tanam badan dalam tanah pun tak boleh semua pakat pakai dress ending dia kejar ketam jelah yang mampu itu pun pedajal ketam pegi kambus lubang ketam. Nampak nau pangai lagho dari sekolah tak hilang lagi hahahaha.





P/s: Harapnya lepasni panjang umuq kita pi bali pulak noh. Last but not least, they are my favorite hello and hardest goodbye. Biarlah banyak kali mengumpat masing masing, begaduh mulut, lepastu kang menagis lepastu berbaik lepastu begaduh balik lepastu datang balik buat muka tak malu dengan hajat nak bebaik kahkahkah. This is what we call true find never give up with us :) Sesetan mana pun ngko, depa still terima. Thanks for everything Munemah Rossah Tunku Sarah Tijah. Aileviuolls. Dan pesanan buat Tunku hang dulu kini selamanya banker begerak kami kahkahkah maapkan kami yang suka mengepaw, kami janji nanti munemah dah kerja munemah belanja kek resipi rahsia untuk kita semua hahahaha.

Monday, 4 August 2014

How Long Will I Love You

                    



How long will I love you ?
As long as stars are above you
And longer if I can
How long will I need you ?
as long as the seasons need to follow their plan

How long will I be with you ?
As long as the sea is bound to
Wash upon the sand

How long will i want you
As long as you want me too
And longer by far
How long will I hold you 
As long as your father told you
As long as you can

How long will I give to you ?
As long as I live through you
However long you say

How long will I love you ?
As long as stars are above you
And longer if I may


Wednesday, 18 June 2014

Wedding

Assalamualaikum

Minggu ni minggu last lecture dan skang tengah menempel kat experimental library sambil menunggu Migha habis kelas sambil mendengar si joyah, markonah, zabedah, kalsom, mek kiah dan selamah berborak dengan galaknya tanpa menghiraukan orang disekililing beliau. Ikotkan hati penampar sulung makan dia. Okay takpa abaikan.

Jadi jumaat lepas bersamaan 13/6/2014 selamat sudah sahabat saya dinikahkan bersama pasangan beliau. Dan majlis besanding nya pula diadakan 14/6/2014. Selaku salah seorang sahabat beliau, aku juga terpanggil untuk memeriahkan majlis. Sesampainya di rumah pengantin, aku selaku bridesmaid aka pengiring pengantin aka pembantu yang tak berapa membantu, telah ditugaskan untuk mengambil cake pengantin dan juga menghantar baju pengantin lelaki.

Tapi langit tak selalunya cerah ye dok, lepas hanto baju pengantin lelaki, aku, shikin dengan alang terlibat dalam eksiden. Cerita nya bukan aku yang melanggar orang tapi orang yang melanggar aku. Kesan eksiden, tayar depan selamat dijahanamkan, bumper sedikit pecah dan lampu spotlight tercampak keluar, tragis sungguh kisah hidup aku haritu. Untuk pengetahuan motor yang melanggar kereta aku dinaiki oleh 3org budak, dan budak yang bawak tu berumur patblas tahun, ye patblas tahun, lesen apakah yang beliau pakai untuk membawa motor ?? Syukur ada pakcik datang daripada mana ntah, datang membantu.

Maka begerak lah kami mencari kedai tayar, tapi malangnya tayar spare pun takdak angin. Betimpa timpa lah maksalah bridesmaid tatkala itu. Nak diringkaskan cerita, aku benti kat tepi jalan dan tunggu my suparman which is my cousin datang ambik tayar untuk ditukar. Bila cousin aku dah sampai, cepat cepat aku amik tayar bawak ke bengkel lepastu balik ke tempat kejadian dan pasang tayar, eh memang bridesmaid jadi tayar maid lah waktu tu. Selepas habis susah payah aku harungi finally kereta yang tadinya jahanam boleh begerak kembali.

So around 2pm aku pergi balik rumah pengantin. Untuk mengelakkan aku menaip karangan darjah enam ni lagi panjang marilah mari aku sajikan mata korang dengan gambar pengantin nya ye.











NOTE: Dear my bff . Enjoy your rumahtangga life, jaga diri jaga suami jaga kesihatan jaga Mak dengan kakak kau. Aku tahu tahun ni aku dah kehilangan sorang kroni nak beraya. I feel a bit sad but still happy because you never changed ! Gila gila kau tu tetap ada. Norazila ilebiu to the moon and back *lap air mata*. (Thanks sebab kasi baju boria untuk aku dan alang)




KBAI


Tuesday, 27 May 2014

Pets

Assalamualaikum dan salam Israk mikraj.

Okay sapa kat umah dia ada haiwan peliharaan ? Angkat tangann. Aku ni jenis yang suka haiwan bebulu contoh macam kucing, hamster, guinea pig, tapi beruang, jirapah semua tu tak, err. So nak dijadikan cerita sekarang uitm tgh kasi cuti seminggu makanya dpt lah pulang ke rumah kejap untuk lepas ghindu kat Omak den. Sampai  je rumah nak park kereta, Kak gie suh stop, dalam hati dah mengapa macik bedah ni, ghupenya dia nak make sure kucing tak main kat parking kereta tu. Turun kereta je tengok ada dua ekor kitten tengah tekedek kedek berlari begumbira umpama doniaa ini mereka yang funyaaa.

Kat rumah ni yang suka kucing Mak aku je, kalau sangkar ayam dia tu berubah jadi sangkar kucing tahu lahtu siapa punya angkara. Dulu masa sekolah, Mak aku ada bela dua ekor kucing semata nak buat kawan untuk aku. Yelah aku ni yang last, orang semua dah habis sekolah aku belum jugak habis. Kira kucing tu pegganti abang akak aku lah tapi ending dia jadi teman Mak aku jugak kahkahkah k not fani azreina. Bebalik kepada si kitten dua ketul tu, kak gie aku kasi nama dia Meimei dan seko lagi Neko. Ekceli aku ada bela seko guinea pig. Seripah nur lulu nama dia, vogue the vasss nama ngko ! Maka bejiran lah si Lulu ni dengan Meimei dan Neko.

Meh nak kasi tengok ghupe tiga ketul haiwan peliharaan aku meh


 Kiri Meimei kanan Neko. Bak kata cik yos Neko comot gila !


 Lulu new neighborhood. Lulu yang gempal kaler ceklat tu



Meimei : Go away Lulu stop bite me !
Lulu : What was that ? Is dat tails ? Could u get one for me ??

*Okay meimei duduk statik macamtu for a few minutes sampai lah aku tarik baru dia keluar. Nampak nau cita Tom and Jerry tu mohong, ni apa kucing takut dengan tikus ni. Haaa *


NOTE: Lulu sekarang dah tanak makan makanan dia sendiri, dia lagi suka makan whiskers siap mogok panjat sangkar. Si kucing dua ketul tu pulak sibuk nak rembat makanan Lulu. Kadang rasa macam jaga budak budak pulak ><



KBAI





Friday, 23 May 2014

Education

Assalamualaikum

Di hari jumaat yang mulia ni teringin rasanya untuk becerita. Nak diringkaskan cerita dulu dekat sekolah aku bukan excellent student. Jenis student yang masuk kelas bila cikgu mengajar aku tidur, lepak toilet, pergi bekawad masa p&p, pergi jaga traffic bila sekolah ada event ( macam sekolah tu takda pakgad ) ponteng kelas pegi tengok abiang abiang sado main rugby kat tepi padang kahkahkah kira jahanam habislah masa sekolah dulu. Result pun tak pernahnya elok. Tapi untung time spm cukup cukup makan.


Jadi after spm aku apply merata. Poli, uitm, swasta semua lah. Mulanya dulu Mak aku suh pegi Puteri nursing college ( taktau lah kalau skang nama dah lain ) under KPJ speacilist hospital, kiranya habis belajar nanti terus kerja dengan KPJ lah kan, then after pegi interview segala dapat lah diploma in physiotheraphy Tapi malangnya ditentang dek hakak abang aku, yelah gila tak tentang dah kalau bebelas ghibu satu sem, mana nak cekau duit. Okay takpa aku lek lek dulu bila uitm open offer untuk december intake, aku pun apply ler. And alhamdulillah dapat sambung. 


On december 2009 maka berhijrah lah aku ke uitm segamat untuk diploma information management, tempoh yang diberi adalah 3tahun lamanya. Tapi serious aku kata segamat tu sorgaaa doniaa, kenapa sorga doniaa ?? sebab kampus segamat lebau, ada intan food court, ada jerangkung yang taktahu bila lah dia nak benti, ada dua library !! tapi satu lagi aku tak sempat masuk, ada lecturer yang saiko tetiap sem asyik nak failed kan aku kahkahkah, ada sukol, ada ladies night, ada berger segamat, ada mcdelivery, pizza delivery, dominos delivery eh memacam ado lah. Enviroment dia sangat superb hokeyy ! K rindu segamat k k k :(


Lepas struggle bagai nak matik, paper bederet sampai lepas habis paper muka pucat sebab tak cukup tido, bekejar ke sana ke mari siapkan assignment, alhamdulillah after those 3 years I'm officially grad on time. Perasaan dia ? Tak percaya. Sebab ? Sebab aku boleh sampai level ni eventhough time skolah aku sikit punya pemalas, unta kat padang pasir pun tak malas macam aku. Kadang rasa macam Allah kasi can kat aku untuk belajar betul betul :)


Lepas habis lelah diploma, on March 2013, aku further study untuk ijazah. Under fac yang sama tapi cabang yang berbeza. And now I'm here at uitm puncak perdana. Aku gelarkan kampus ni mini kampus sebab ada dua fac je dekat sini tak macam segamat hmm. Berbekalkan satu sem kuliah lagi dan satu sem praktikal semoga dipermudahkan olehNya. Amin



NOTE: Nasihat aku gagal sekali tak bermakna gagal selama lamanya. Pokok pangkal dia jangan mengalah, bila gagal jadikan benda tu semangat untuk kau bangun *sambil nyanyi lagu standing in the eyes of the world* . Hidup skang dah payah woi. Nak mintak kerja pun sikit punya payah, bak kata lecturer aku banyak company amik chinese, yelah dah kalau boss nya chinese mesti lah amik chinese ye dok ?







*Flashback mood*

BYE

Monday, 19 May 2014

Friendship

Assalamualaikum

Harini 19 May 2014. Berbaki dua minggu lagi untuk habiskan sem ni. Berbaki tiga minggu untuk tengok besties aku naik pelamin. Yang heksited nya sapa ? Opkos lah haku. Tuari dia bertunang tu belinang air mata, ni nak tengok dia nikah siap sedia lah swimming pool untuk tadah air mata aku. Okay itu bukan main point. Main point aku harini ialah sahabat. 

Selama aku hidup atas dunia ni memacam kawan aku jumpa. Yang friend with benefit, takda kawan br nak mari tegegeh bila ada kawan tempior lari, kawan yang mana tikam belakang, depan kita sikit punya baik belakang kita ya hampunn habis keluar cerita buruk ngko ! tapi tak semua orang yang aku jumpa jahat. Ada yang baik, ada yang bertahun tahun pun still rela hati hulur telinga ganding bahu nak setelkan masalah aku. 

Yes. I've lost many friend. Without any reason they left me, perasaan ? Marah opkos ! elok elok bekawan gelak ketawa tepuk tampar tetiba kita ni jadi strangers dekat dia. Blah macam tu je. Tapi sampai lah satu hari ada yang pesan kat aku bunyik dia lebih kurang gini lah 

"Biarlah kak, mungkin dia tu bukan sahabat yang baik untuk akak. Tu sebab Allah jarakkan hubungan akak dengan dia"

So i've been thinking. Everything happen for a reason. Tak semestinya benda yang hilang tu bawak keburukan kat diri kita. Ce husnuzon sikit. Effect dia yang aku boleh nampak harini, aku dipinjamkan Mak Abah, Abang Bangcik Angah Akak Ateh Kakgie, hosmet yang super baik, Legirls yang always with me, geng trio aku yang sorg busy practical sorg busy final kahkahkah.


BYE


NOTE: So nasihat aku berkawan biar jujur. Kalau busuk kawan awak tu tolong lah wangikan jangan lah ditinggalkan beciciran. Ce kena kat awok ? Apa awok rasa ? Sodap ?

Wednesday, 5 February 2014

Taubat

Tiba satu masa aku menung
Menung kenangkan negative side sendiri

Jadi aku buat keputusan untuk minta maaf kepada yang berhak

Tapi terdetik di hati

" Orang yang lancang bercakap seperti aku bila meminta maaf ada ke yang mahu memaafkan ? "

" Tapi kalau aku tak cuba minta maaf sekarang, bila lagi ? Takkan bila dah nak mati baru sibuk nak mintak maaf ? Tu pun kalau sempat untuk mintak maaf. Kalau mati ? Mati lah aku dlm keadaan berbuat dosa sesama makhluk "

Bak kata budakmato. Nak jujur tu payah.

Payah sebab apa ? Sebab kita yang penuh dosa ni yang selalu berdusta dalam kata kata tetiba nak jujur, ingat orang nak percaya ?

Tapi kalau niat kita lilahitaala, mesti Allah bantu kan ?

Jadi betulkan niat. InsyaAllah Allah bantu


...


Diam

Ditanya padaku
Kenapa membenci ?
Kenapa harus membenci ?
Apa sebabnya ?

Terus aku fikir berulang kali

Yang tahu sebab nya cuma aku
Yang tahu punca benci nya juga aku
Kalau aku bercerita sebab aku membenci
Ganjaran nya apa ?

Paling paling dosa tala dekat aku
Sebab ? Sebab aku mengumpat orang yang aku benci

Pada aku berdiam diri lebih baik
Tatkala dia sembur segala andaian buruk kepada aku
Bahu kanan aku pula yang sendeng menerima pahala

Jadi yang rugi nya siapa ?
Yang untung nya pula siapa ?

Kerana berdiam diri itu senjata orang beriman.

Salah

Menurut andaian aku. Kau punya banyak waktu
Sampaikan semua benda kau selak
Habis teburai kain orang kau selak
Satu persatu salah orang kau singkap

Jadi benarkan aku bertanya

Bila masanya kau selak kain kau ?
Dan 
Bila waktu kau singkap salah kau sendiri ?


Menurut aku manusia yang pe'el nya sebegini rupa LUPA yang besok belum pasti milik dia
Jangan nanti dah masuk liang lahad baru nak bertaubat


Tak hina mengaku salah
Yang hina bila lelah mencari kesalahan orang
Semata untuk tutup kesalahan sendiri


:)

Wednesday, 29 January 2014

Sempurna

Kadang aku tahan air mata dari mengalir
Kadang aku palsukan senyuman
Kadang aku patungkan diri, aku bisukan mulut, aku matikan langkah terus
aku tepuk dada dan aku bisik pada hati
"Sabarlah hati masa kau belum tiba"

Jadi aku biarkan semua berlalu
Aku kutip setiap apa yang aku lalui
Aku nilai dimana salah aku
Aku perbetulkan satu satu
Aku bukan manusia yang sempurna 

--




Maaf

Jika dulu aku lancang berkata kata
Jika dulu aku sering menuding jari dalam mencari kesalahan orang
Jika dulu perilaku ku persis anak kecil yang belum baligh
Jika dulu aku salahkan kau dalam segala masalah yang aku alami
Tapi hari ini aku susun sepuluh jari
Aku ikhlaskan hati
Jujurnya aku mohon maaf

Aku tak mahu hati aku tidak tenang
Aku tak mahu bila nanti aku mati
Kau akan kata "Nah, layaklah tu Tuhan ambil nyawa engkau"
Aku tak mahu jasad ini dibenci orang
Aku tak mahu dimurka Tuhan

Maaf..

Tuesday, 21 January 2014

Aneh

Manusia
Pelbagai ragam
Hidupnya berlainan cara
Ada yang suka menjatuhkan yang lain
Ada yang bersama ketika jatuh dan bangun
Ada yang pantang melihat bahagianya orang lain
Baik buruk manusia itu datangnya dari diri sendiri
Lumrah hidup
Kau bijak berkata kata
Kau pandai dalam perihal mengambil hati
Kau punya harta untuk kau taburkan
Dan engkau akan menang
Aneh
Kenapa yang benar selalu menjadi yang salah ?
Kenapa yang jujur selalu menjadi mangsa ?
Salahkah jadi manusia yang sifatnya jujur dalam berkata kata ?
Salahkah jadi manusia yang tidak hipokrit ?

Ya Tuhan benar hidup di dunia ini tiada apa yang adil
Yang adil cuma di akhirat sana
Di mana Tuhan catu berapa banyak kebaikan dan kejahatan yang kau buat atas dunia
Dan tiada satu pun kebaikan dan kejahatan yang akan terlepas
Kerana setiap baik buruk yang kau lakukan telah dicatit oleh Raqib dan Atid