Friday, 12 June 2015

Legirls

Assalamualaikum,

So last week, I went to paya jaras. Taktahu dah aku itu sungai buloh ke sungai besi punya area. Malas nak google. Sebab nya anak saudara cik yos menikah, dan kitorang ni since habis diploma tak pernah jumpa lansung, kalau plan nak jumpa pun selalunya plan tu takkan menjadi.

Nak dijadikan cerita, aku dengan beriyer nya volunteer untuk bawak kereta and fetch semua orang, nampak gigih kan aku ? Tapi takda lah gigih mana aku drive sampai putrajaya je pun lepastu aku suruh Hajar bawak. Macam biasa lah plan mesti nak kena ada so malam tu plan aku nak gerak pukul 7 selepas subuh, ye tolonglah percaya aku gerak lepas subuh. Tak sebenarnya, azreina tetap dengan janji melayunya dan aku gerak pukul 9pagi dari rumah dimana aku rasa itu bukan lepas subuh namanya tetapi lepas dhuha :')

Dah siap semua, aku pun gerak lah pergi putrajaya, dengan penuh keyakinan tanpa menggunakan waze tapi sampai Nilai jelah yakin lepastu cepat cepat bukak waze, sebab nya aku ni ratu sesat dan ratu tak ingat jalan. Jalan pilah tu pun aku boleh lupa, tapi alhamdulillah lah jalan balik rumah sendiri aku ingat, kalau tak ada yang tembus ke istana seri menanti sana.

First person, jumpa Hajar, dengan jakun nya perempuan tu, siap di hoi kan aku dari dalam kereta, mujur takda orang lalu lalang kalau tak memang aku tak mengaku kawan, aku biarkan je dia meroyan menjerit sesekor dalam kereta tu. So jumpa je aku duduk seat passenger lepastu campak kunci kereta kat dia, kahkahkah. Rasakan kau bawak manual !

Then kitorang pun begerak lah ke arah kolumpo. Memula nak pergi ambik atieng. Atieng punya cerita memang best, aku call, dia kata dia ada kat rumah akak dia, dekat sunway & she refused to join us. Eh dia ingat boleh refused refused kalau benda yang melibatkan Siti Hajar dengan Azreina ni, memang tak lah cerita dia. So Hajar pulak dengan konpiden nya cakap gini

" Okay kita pergi rumah akak dia"
" Kau tahu ke rumah akak dia kat mana ja ?"
" Rasanya dekat jfwrmfg32ojidkfhoiw"
" Oh okay aku waze"

Konpiden kau tahu tak konpiden !! Padahal dia sendiri tak tahu betul ke tak tu rumah akak Atieng, entah rumah abangla (bangla) mana ntah dia petik, aku ni ngikutkan ajelah -_________________-"

So sampai depan apartment tu, kitorang call Atieng bepuluh kali. Sampai last call tu Hajar siap berdoa kot, doa pulak beriyer gila & aku rasa berkat doa tu akhirnya Atieng angkat, selepas dipaksa akhirnya Atieng buat pengakuan yang dia ada kat Sentul, haaa seronok kau tieng game kitorang. Rasa terharu sampai nak menagis masa tu. Jadi bejemaah lah kitorg ke sentul dengan niat sampai sentul nanti nak maki atieng habis habisan hahahaha.

Lepas masalah atieng settle. Otw nak pergi sentul tu amanino pula taknak join. Haa yang sorang ni memang takleh lari aa cita dia, rumah Ude dia aku tahu kat mana, rumah Angah dia pulak memang dah ada dalam waze aku. So takyah cakap banyak, kitorang just cakap

" Takpa man japg kitorang sampai k !"

Biar dia sibuk cakap takda baju ke, taknak pergi sebab tak mandi ke, ada kitorang kisah. Haa nampak kan betapa rumitnya nak kumpulkan sekelumit legirls, Yan pulak memang takleh join ada viva katanya. Maka tak cukup lah geng legirls kitorang.

Siap kumpul semua kitorang pun begerak lah pergi ke paya jaras, Sampai rumah kenduri rasa nak tampor muka cik yos dek kerana rindu nau nau. Tu belum tengok dia menjerit rindu dekat kitorang, eh tapi serious lah rindu kot. Memang patut pun dia histeria jumpa kitorang. Lepas dah makan semua mesti lah nak kena ada sesi begambar sampai lebam, yang jadi mangsa ambil gambar kitorang ialah orang yang lalu lalang depan kitorang, mesti orang tu menyesal lepas lalu depan kitorang kan :')










Kan dah kata cikyos histeria -_______________-"









P/s : Ini lah dia muka 3tahun yang aku hadap masa diploma dulu, muka selalu ada bila susah senang :) After all our mini reunion went well. Walaupun bila dalam kereta tu memasing cam nak nagis aku tengok dan termasuklah aku sekali tapi semua watlek control air mata. Kahkahkah aku harap lepasni dapatlah bekumpul macamni lagi. Tak habis lagi lepas rindu woii !! & for abiang pilot, thanks for joining us, dan siap tolong drive walaupun tangan injured katanya and okaylah sedih.







BYE