Wednesday, 29 April 2015

Small circle

Assalamualaikum.

Cerita dia sekarang ni aku tengah mengharungi "emergency hours" aku. Apa itu emergency hours ? Emergency hours adalah sejam terakhir waktu bekerja yang aku create untuk aku melagho, dan aku takkan menerima sebarang arahan, kahkahkahkah apa aku ingat ini opis bapak aku punya. Takda lah, pukul 5 ni selalunya officer aku semua pakat dah balik, kerja pun mostly dah settle kalau tak settle aku anjak ke hari besok, lusa, tulat, tubik dan sampailah saat aku habis intern >.<

Bebalik kepada tajuk. Small circle, last saturday, ada lah buat heart to heart dengan Mun, cerita yang circle kawan aku sekarang makin mengecil, and Im surrounded by the same people all the time. Perasaan ? Lega, happy, dan tenang but sometimes aku tak boleh tipu lah yang aku akan sunyi. Kalau contact the same person all the time pun, tak boleh jugak, muntah hijau nanti kawan aku melayan aku kahkahkah. Aku takda boyfriend nak mengadu benda remeh macam

"Sayang I lost my earrings and Im feeling sad"

 lepastu boyfriend jawab

"No worries sayang, I will buy satu kontena of earrings just for you"

k dialog aku reka sendiri nak bagi contoh benda remeh.

K aku takda semua tu. Aku jenis forever alone sekarang. Aku pergi kerja 9pagi lepastu balik kerja 6petang, lepas isyak dah tak nampak bayang aku, hari jumaat habis kerja aku balik rumah, habiskan masa dengan Mak, Abah, Akak aku dan sometimes aku culik Mun, Alang dengan Haiqa. Paksa dorang lepak dengan aku
-__________________-".Dan aku akan rotate benda yang sama sampai kesudah.

I choose this way, aku taknak over attached dengan sesiapa, aku taknak bila aku nak keluar kena inform dan selang lima belas minit kena inform aku dekat mana, lepastu bila tak inform nak keluar mulalah ada yang tacing keluar tak bagitau. Helehhh. K ayat lain dia aku rimas sebenarnya hidup macamtu. Macam loser gila rasa dia.

Aku tak ramai kawan sebabnya aku tak suka kena kritik. Aku ni jenis perangai pasang surut kadang tu perangai aku baik macam malaikat tapi datang angin jahat macam syaiton pergi dia perangai aku. Bagi aku kawan aku kena terima baik buruk aku, kalau dia boleh terima aku bila aku tutup aurat proper, dia jugak kena terima bila aku free hair. Kalau bff aku bila aku buat perangai syaiton aku diorang akan protes TAPI diorang takkan menganjing atau hentam apa yang aku buat maybe sebab diorang tahu aku ni jenis macam mana. Jenis yang lagi dihalang lagi galak aku buat. Dan akan ada satu tahap I will realized my own mistake and aku akan berubah jadi baik semula. Gituh

So maybe tu kot reason aku punya kawan makin bekurang but Im okay with that. Walaupun kadang tu sunyi, aku akan lawan sunyi aku tu dengan reading some materials, stalk all those stewardess kahkahkahkah and sleep. Like seriously, hidup single ni takda lah teruk sangat, seronok what, every weekend keluar, chill dengan member, tawaf kedai vendor dekat senawang, pergi ngopi dekat stabak, main drive thru dekat mekdi, drive ke cyberjaya semata nak carik view cantik, pusing ou sebab nak main battling cage, hiking everywhere eh memacam lagi lah benda lagho yang kau boleh buat bila kau single ni. Berdating dengan boyfriend dan mengadu domba je kau tak boleh buat kahkahkah.

Kesimpulan dia tak kisah lah macamana forever alone pun engkau as long as kau boleh handle perasaan sunyi tu everything will gonna be okay. Bagi aku, untuk masa sekarang aku just follow the flow, yang mana sahabat they will stay and always stay for us. Yang mana bukan sahabat dia akan blah macamtu je plus dia akan jadi bapak annoying bila bab menghentam kau. Trust me. Dan bab boyfriend tu bagi aku lah kan. I need to upgrade myself first. Make sure ada carrier, lepastu hidup dah stable, dah ada kereta jazz sebijik baru carik kahkahkah.


p/s: Entry kali ni macam cerita pasal diri sikit, kalau ada nasihat yang padu nak kasi. Just drop ur comment, agak agak aku menyampah baca komen kau aku delete je terus nanti.




HAHAHAHAHAHHAH KBAI




"Because each of us have different kind of story"