Tuesday, 27 May 2014

Pets

Assalamualaikum dan salam Israk mikraj.

Okay sapa kat umah dia ada haiwan peliharaan ? Angkat tangann. Aku ni jenis yang suka haiwan bebulu contoh macam kucing, hamster, guinea pig, tapi beruang, jirapah semua tu tak, err. So nak dijadikan cerita sekarang uitm tgh kasi cuti seminggu makanya dpt lah pulang ke rumah kejap untuk lepas ghindu kat Omak den. Sampai  je rumah nak park kereta, Kak gie suh stop, dalam hati dah mengapa macik bedah ni, ghupenya dia nak make sure kucing tak main kat parking kereta tu. Turun kereta je tengok ada dua ekor kitten tengah tekedek kedek berlari begumbira umpama doniaa ini mereka yang funyaaa.

Kat rumah ni yang suka kucing Mak aku je, kalau sangkar ayam dia tu berubah jadi sangkar kucing tahu lahtu siapa punya angkara. Dulu masa sekolah, Mak aku ada bela dua ekor kucing semata nak buat kawan untuk aku. Yelah aku ni yang last, orang semua dah habis sekolah aku belum jugak habis. Kira kucing tu pegganti abang akak aku lah tapi ending dia jadi teman Mak aku jugak kahkahkah k not fani azreina. Bebalik kepada si kitten dua ketul tu, kak gie aku kasi nama dia Meimei dan seko lagi Neko. Ekceli aku ada bela seko guinea pig. Seripah nur lulu nama dia, vogue the vasss nama ngko ! Maka bejiran lah si Lulu ni dengan Meimei dan Neko.

Meh nak kasi tengok ghupe tiga ketul haiwan peliharaan aku meh


 Kiri Meimei kanan Neko. Bak kata cik yos Neko comot gila !


 Lulu new neighborhood. Lulu yang gempal kaler ceklat tu



Meimei : Go away Lulu stop bite me !
Lulu : What was that ? Is dat tails ? Could u get one for me ??

*Okay meimei duduk statik macamtu for a few minutes sampai lah aku tarik baru dia keluar. Nampak nau cita Tom and Jerry tu mohong, ni apa kucing takut dengan tikus ni. Haaa *


NOTE: Lulu sekarang dah tanak makan makanan dia sendiri, dia lagi suka makan whiskers siap mogok panjat sangkar. Si kucing dua ketul tu pulak sibuk nak rembat makanan Lulu. Kadang rasa macam jaga budak budak pulak ><



KBAI





Friday, 23 May 2014

Education

Assalamualaikum

Di hari jumaat yang mulia ni teringin rasanya untuk becerita. Nak diringkaskan cerita dulu dekat sekolah aku bukan excellent student. Jenis student yang masuk kelas bila cikgu mengajar aku tidur, lepak toilet, pergi bekawad masa p&p, pergi jaga traffic bila sekolah ada event ( macam sekolah tu takda pakgad ) ponteng kelas pegi tengok abiang abiang sado main rugby kat tepi padang kahkahkah kira jahanam habislah masa sekolah dulu. Result pun tak pernahnya elok. Tapi untung time spm cukup cukup makan.


Jadi after spm aku apply merata. Poli, uitm, swasta semua lah. Mulanya dulu Mak aku suh pegi Puteri nursing college ( taktau lah kalau skang nama dah lain ) under KPJ speacilist hospital, kiranya habis belajar nanti terus kerja dengan KPJ lah kan, then after pegi interview segala dapat lah diploma in physiotheraphy Tapi malangnya ditentang dek hakak abang aku, yelah gila tak tentang dah kalau bebelas ghibu satu sem, mana nak cekau duit. Okay takpa aku lek lek dulu bila uitm open offer untuk december intake, aku pun apply ler. And alhamdulillah dapat sambung. 


On december 2009 maka berhijrah lah aku ke uitm segamat untuk diploma information management, tempoh yang diberi adalah 3tahun lamanya. Tapi serious aku kata segamat tu sorgaaa doniaa, kenapa sorga doniaa ?? sebab kampus segamat lebau, ada intan food court, ada jerangkung yang taktahu bila lah dia nak benti, ada dua library !! tapi satu lagi aku tak sempat masuk, ada lecturer yang saiko tetiap sem asyik nak failed kan aku kahkahkah, ada sukol, ada ladies night, ada berger segamat, ada mcdelivery, pizza delivery, dominos delivery eh memacam ado lah. Enviroment dia sangat superb hokeyy ! K rindu segamat k k k :(


Lepas struggle bagai nak matik, paper bederet sampai lepas habis paper muka pucat sebab tak cukup tido, bekejar ke sana ke mari siapkan assignment, alhamdulillah after those 3 years I'm officially grad on time. Perasaan dia ? Tak percaya. Sebab ? Sebab aku boleh sampai level ni eventhough time skolah aku sikit punya pemalas, unta kat padang pasir pun tak malas macam aku. Kadang rasa macam Allah kasi can kat aku untuk belajar betul betul :)


Lepas habis lelah diploma, on March 2013, aku further study untuk ijazah. Under fac yang sama tapi cabang yang berbeza. And now I'm here at uitm puncak perdana. Aku gelarkan kampus ni mini kampus sebab ada dua fac je dekat sini tak macam segamat hmm. Berbekalkan satu sem kuliah lagi dan satu sem praktikal semoga dipermudahkan olehNya. Amin



NOTE: Nasihat aku gagal sekali tak bermakna gagal selama lamanya. Pokok pangkal dia jangan mengalah, bila gagal jadikan benda tu semangat untuk kau bangun *sambil nyanyi lagu standing in the eyes of the world* . Hidup skang dah payah woi. Nak mintak kerja pun sikit punya payah, bak kata lecturer aku banyak company amik chinese, yelah dah kalau boss nya chinese mesti lah amik chinese ye dok ?







*Flashback mood*

BYE

Monday, 19 May 2014

Friendship

Assalamualaikum

Harini 19 May 2014. Berbaki dua minggu lagi untuk habiskan sem ni. Berbaki tiga minggu untuk tengok besties aku naik pelamin. Yang heksited nya sapa ? Opkos lah haku. Tuari dia bertunang tu belinang air mata, ni nak tengok dia nikah siap sedia lah swimming pool untuk tadah air mata aku. Okay itu bukan main point. Main point aku harini ialah sahabat. 

Selama aku hidup atas dunia ni memacam kawan aku jumpa. Yang friend with benefit, takda kawan br nak mari tegegeh bila ada kawan tempior lari, kawan yang mana tikam belakang, depan kita sikit punya baik belakang kita ya hampunn habis keluar cerita buruk ngko ! tapi tak semua orang yang aku jumpa jahat. Ada yang baik, ada yang bertahun tahun pun still rela hati hulur telinga ganding bahu nak setelkan masalah aku. 

Yes. I've lost many friend. Without any reason they left me, perasaan ? Marah opkos ! elok elok bekawan gelak ketawa tepuk tampar tetiba kita ni jadi strangers dekat dia. Blah macam tu je. Tapi sampai lah satu hari ada yang pesan kat aku bunyik dia lebih kurang gini lah 

"Biarlah kak, mungkin dia tu bukan sahabat yang baik untuk akak. Tu sebab Allah jarakkan hubungan akak dengan dia"

So i've been thinking. Everything happen for a reason. Tak semestinya benda yang hilang tu bawak keburukan kat diri kita. Ce husnuzon sikit. Effect dia yang aku boleh nampak harini, aku dipinjamkan Mak Abah, Abang Bangcik Angah Akak Ateh Kakgie, hosmet yang super baik, Legirls yang always with me, geng trio aku yang sorg busy practical sorg busy final kahkahkah.


BYE


NOTE: So nasihat aku berkawan biar jujur. Kalau busuk kawan awak tu tolong lah wangikan jangan lah ditinggalkan beciciran. Ce kena kat awok ? Apa awok rasa ? Sodap ?