Wednesday, 29 January 2014

Sempurna

Kadang aku tahan air mata dari mengalir
Kadang aku palsukan senyuman
Kadang aku patungkan diri, aku bisukan mulut, aku matikan langkah terus
aku tepuk dada dan aku bisik pada hati
"Sabarlah hati masa kau belum tiba"

Jadi aku biarkan semua berlalu
Aku kutip setiap apa yang aku lalui
Aku nilai dimana salah aku
Aku perbetulkan satu satu
Aku bukan manusia yang sempurna 

--




Maaf

Jika dulu aku lancang berkata kata
Jika dulu aku sering menuding jari dalam mencari kesalahan orang
Jika dulu perilaku ku persis anak kecil yang belum baligh
Jika dulu aku salahkan kau dalam segala masalah yang aku alami
Tapi hari ini aku susun sepuluh jari
Aku ikhlaskan hati
Jujurnya aku mohon maaf

Aku tak mahu hati aku tidak tenang
Aku tak mahu bila nanti aku mati
Kau akan kata "Nah, layaklah tu Tuhan ambil nyawa engkau"
Aku tak mahu jasad ini dibenci orang
Aku tak mahu dimurka Tuhan

Maaf..

Tuesday, 21 January 2014

Aneh

Manusia
Pelbagai ragam
Hidupnya berlainan cara
Ada yang suka menjatuhkan yang lain
Ada yang bersama ketika jatuh dan bangun
Ada yang pantang melihat bahagianya orang lain
Baik buruk manusia itu datangnya dari diri sendiri
Lumrah hidup
Kau bijak berkata kata
Kau pandai dalam perihal mengambil hati
Kau punya harta untuk kau taburkan
Dan engkau akan menang
Aneh
Kenapa yang benar selalu menjadi yang salah ?
Kenapa yang jujur selalu menjadi mangsa ?
Salahkah jadi manusia yang sifatnya jujur dalam berkata kata ?
Salahkah jadi manusia yang tidak hipokrit ?

Ya Tuhan benar hidup di dunia ini tiada apa yang adil
Yang adil cuma di akhirat sana
Di mana Tuhan catu berapa banyak kebaikan dan kejahatan yang kau buat atas dunia
Dan tiada satu pun kebaikan dan kejahatan yang akan terlepas
Kerana setiap baik buruk yang kau lakukan telah dicatit oleh Raqib dan Atid